SENYUM BERMAKNA MENJUAL NEGERI
Hari ini blogmaster Maharajalela menerima SMS dari insan yang tidak dikenali. Mungkin insan yang menghantar SMS ni terdiri daripada mereka yang sayangkan Perak supaya negeri yang tercinta ini tidak dijual oleh PAS kepada mereka yang bukan warga pribumi.Maharajalela ingin berkongsi SMS yang sangat menarik ini dengan semua pembaca.Berikut ialah SMS berkenaan :
PERJANJIAN PANGKOR II :
Penyokong PAS Perak sejak akhir-ahir ini mula mendesak MB Perak Ir Mohd Nizar Jamaluddin mendedahkan isi kandngan surat perjanjian Pangkor II yang telah disediakan oleh DAP sebagai syarat membolehkan wail PAS menjadi MB Perak. Penyokong PAS Perak dimaklumkan Ir Mohd Nizar Jamaluddin teah menandatangani Surat Perjanjian Pangkor II secara terpaksa.Rata-rata penyokong PAS Perak mula tertanya-tanya apakah isi kandungan surat perjanjian itu. Dikalangan pemimpin PAS Perak yang mengetahui tentang isi perjanjian itu enggan mengulas lanjut kerana perjanjian itu sangat memalukan PAS. Difahamkan sebelum DAP Perak bersetuju melantik wakil PAS menjadi MB, parti itu yang diketuai oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham telah memaksa Ir Nizar Jamaluddin (wakil PAS) menandatangani surat perjanjian yang menyebut perkara-perkara berikut :
1. NIZAR JAMALUDDN SEBAGAI MB TIDAK BOLEH MENYEBUT PERAK AKAN MENJALANKAN PEMERINTAHAN ISLAM.
2.NIZAR JAMALUDDIN SEBAGAI MB TIDAK BOLEH MENYEBUT MANA-MANA TERMA YANG BERKAITAN DENGAN PAS ATAU BAHASA ARAB SEPERTI HUDUD, QISAS ETC
3. NIZAR JAMALUDDIN SEBAGAI MB TIDAK BOLEH MEMBUAT KEPUTUSAN SENDIRI SEBAGAI KUASA MB SEBALIKNYA SEMUA PERKARA YANG INGIN DIBUAT PERLU DIPERAKUKAN OLEH SEMUA EXCO PERAK TERLEBIH DAHULU
4. PEMBAHAGIAN EXCO PERAK YANG DIPERSETUJUI ADALAH 6 WAKIL EXCO DAP, 3 WAKIL EXCO PR DAN 1 WAKIL EXCO PAS.
5. DIFAHAMKAN JUGA DAP MENUNTUT SPEAKER DUN PERAK .