Thursday, May 1, 2008

MB PERAK MENGATASI KUASA SULTAN

Jamry
Menteri Besar Perak, Datuk Seri MOhamad Nizar Jamaluddin mengeluarkan arahan bertukar serta merta dalam tempoh 24 jam kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury hari Selasa. Arahan itu dibuat dengan alasan Jamry tidak dapat memberikan kerjasama kepada kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS. Beliau yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) difahamkan telah diarah keluar daripada pejabatnya oleh Menteri Besar pagi tadi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Zamry Abdul Kadir ketika mendedahkan perkara itu berkata, keputusan itu disampaikan oleh Menteri Besar Perak kepada Jamry melalui telefon pagi tadi. Urusan agama adalah di bawah kuasa Sultan Perak yang menjadi Ketua Agama Islam negeri Perak dan Raja Muda Perak, Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menjadi Pengerusi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIP). Sumber : Agenda Daily

Rasional
Apa yang kita lihat sekarang ialah wajah sebenar MB Perak yang dikudakan oleh DAP dan PKR. Allah Maha berkuasa di dalam menentukan nilai hati budi hambanya. Jelas sekarang kita lihat bahawa MB Perak sanggup mengenepikan kuasa Sultan Perak di dalam hal ehwal agama Islam.Mengapa perkara ini berlaku?Sudah pasti yang menyebabkan perkara ini berlaku kerana MB Perak nak menunjukkan kuasanya.Tapi apa yang menyedihkan sekarang, apakah tiada cara lain yang boleh dilakukan. Banyak kuasa yang boleh digunakan oleh MB seperti kuasa menutup pusat judi, disco di sekitar Sitiawan, penjualan samsu dan arak secara terbuka, rumah urut yang beroperasi secara haram, kedai nombor ekor dan pelbagai lagi. Tapi malangnya MB menunjukkan taringnya melawan Sultan. Inilah sikap kurang ajar seorang anak Melayu yang berkuasa. Patutlah orang Melayu Perak menolak PAS. Berapa banyak sangat yang PAS menang dan perlu diingat yang memberi undi kepada PAS bukannya orang Islam. Ini menggambarkan bahawa PAS tidak lagi diterima oleh orang Islam Perak.