Wednesday, May 14, 2008

MB NAIK BAS KONONNYA NAK JIMATKAN WANG RAKYAT

MB bangga nak jimatkan wang negeri. Lagi satu pembohongan. Ini lagi satu kerja membazir. Buat apa la pergi buat lawatan ke Parlimen.Yang dibawa tu bukannya ahli Parlimen.Nama pun lawatan mesti ler naik sekali.Dulu zaman Tajul Rosli mana ada orang buat lawatan ke parlimen. Inilah tahap pemikiran MB Perak iaitu menganjurkan lawatan ke Parlimen.Teman rasa lebih baik MB suruh ahli-ahli Parlimen naik bas atau teksi pergi ke parlimen .Lagi jimat. Satu lagi jangan dok claim perjalanan kalu guna kenderaan sendiri.Ini satu langkah berjimat cermat. Kemudian duit claim DAP tu masukkan ke tabung pembangunan rakyat termiskin. Baru nama nak bantu rakyat. Setakat buat publisiti murahan dan nak bodohkan orang Perak rentikan le yob...

APA LAGI YANG HENDAK DIBERI KEPADA DAP

" Apa lagi yang mike tak buat lagi Nizar?"Teman rasa mike jual le Perak ni pada DAP...
Tidak banyak yang dilakukan oleh YB Nizar yang dibanggakan sangat oleh PAS.Apa tidaknya, satu pun perkara yang dibuatnya dapat memberi keuntungan kepada Islam dan Melayu. Yang nampak sekarang ialah memberi bantuan kepada DAP iaitu bapa angkat baru YB Nizar. Mengapa teruk sangat MB Perak yang seorang ini. Memang le pandai berbahasa tapi tidak bijak menyusun kata. Maka seluruh orang PAS dok bangga kerana MB mereka pandai berbahasa.Tapi fahaman agama langsung macam tiada. Yang ada cuma fahaman PAS. Apa tidaknya, zaman Nizar ini pun arak, judi, disco dan pelacuran sama sahaja berlaku di Perak. Tak perlu pergi jauh.Dekat DUN dia pun banyak kedai arak, judi dan disco.Belum kira samsu dan todi di kawasan ladang.Sekarang MB dok ligat kononnya nak jimatkan wang negeri supaya boleh wang yang dijimatkan itu diberi kepada DAP.Dah hampir 3 bulan, apa yang MB buat.Kampung Kayan dan sekitar Lekir tetap banyak lalat.Teman rasa Nizar ni memang menang sorak kampung tergadai. Teruskan bertalkin untuk membunuh semangat Melayu dan nasib Islam di Perak.

Wednesday, May 7, 2008

PAS PERAK BERTUANKAN DAP

"DAULAT TUANKU.PATIK BARISAN HAMBA RAKYAT TETAP BERSAMAMU"
SUMBER : HARAKAHDAILY
Mengulas lanjut hal itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Awi berkata isu 'kesilapan' teknikal itu cuba diperbesar-besarkan dan dipolemikkan oleh sesetengah media milik kerajaan yang mahu mempamerkan seolah-olah Nizar membelakangi kuasa Istana.

(SIAPAKAH YANG MEMPOLEMIKKAN ISU WAHAI TIMBALAN PESURUHJAYA PAS PERAK YANG BENGGUNG DAN TOLOL.BUKAN KE KARPAL YANG DOK HENTAM SULTAN PERAK?KENAPA KAMU TAK PERTAHANKAN SULTAN PERAK WAHAI BAHLUL ?)

Sedangkan pertukaran Jamry telah dimaklumkan Menteri Besar Perak kepada Sultan Perak sewaktu perasmian Mahkamah Syariah Ipoh pada 30 Mac lalu. "Cuma Tuanku minta rujuk kepada Yang Dipertua Majlis Agama Perak iaitu Raja Muda Raja Nazrin Shah. "Dan Raja Muda menegur Nizar dari sudut formaliti dan perlu mengikut prosedur yang betul.

(BILA RAJA DAH TEGUR MAKNANYA MB PERAK YANG DIWAKILI OLEH NIZAR SEBAGAI HAMBA ABDI DAP ITU BODOH LE NAMANYER.TAK TAHU MEMERINTAH.TAMAK KUASA.MACAM MANA ORANG TAK KATA MB NIZAR MEMBELAKANGKAN SULTAN. KENYATAAN TIMBALAN PESURUHJAYA PAS YANG TOLOL INI PUN DAH MEMBERI JAWAPAN.SULTAN MINTA NIZAR RUJUK YDP MAIP.TAPI NIZAR DEGIL.SAPA YANG DEGIL SEKARANG INI.MB NIZARLAH PENGKHIANAT DAN NAK BERLAGAK HERO.)

Itu sahaja dan hubungan Istana amat baik sama ada dari segi tugasan mahupun peribadi tidak menghadapi sebarang masalah seperti yang cuba digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak," katanya yang juga seorang peguam.
( TAK PERLU NAK COVER LINE WAHAI ASMUNI..)

Berhubung dengan kenyataan ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, beliau sekadar menyatakan bahawa itu merupakan hak beliau untuk memberi pendapat dan enggan mengulas lanjut. "Kita tidak mahu melatah setiap isu yang dimainkan oleh pihak media atau pihak-pihak tertentu kerana ianya akan mensensasi perkara yang tidak pun seperti yang digambarkan," katanya yang juga merupakan AJK PAS Pusat

(BUKAN TIADA KOMEN WAHAI ASMUNI.DAH MEMANG KAU PENAKUT DAN MEMANG PAS PERAK HAMBA SURUHAN DAP.BUKANKAH AHMAD AWANG KATA DAH SETUJU BERSAHABAT DENGAN KAFIR DAP.NANTI BILA ORANG PAS MATI YANG BOLEH KOREK LIANG DAN SEDEKAH FATIHAH IALAH BARISAN DAP PERAK.DONT WORRY,BE HAPPY WAHAI PAS)

YB DATO SERI NIZAR BACUL DAN PEMBELA GOLONGAN KAFIRUN DAP

2 kenyatan Karpal yang mencabar kesabaran orang Melayu .Antaranya ialah selepas perasmian sidang Dewan Rakyat oleh Yang di-Pertuan Agong, Karpal dengan sombongnya mempertikaikan siapakah yang menyediakan titah perasmian DYMM Yang Di Pertuan Agong dan mengulangi perkara itu pada sidang medianya dengan menyatakan “kita tak hidup dalam zaman feudal lagi. Sultan termasuk Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat Eksekutif mengikut Perlembagaan Persekutuan”. Karpal turut mempertikaikan kuasa dan hak Sultan Perak yang menitahkan agar arahan pertukaran Pengarah JAIP ditarik balik dan mendakwa Sultan Perak tidak punya kuasa undang-undang untuk membuat keputusan berkenaan.

MB PERAK BUKAN LAGI MEMPERTAHANKAN SIMBOL KETUANAN MELAYU DAN ISLAM DI PERAK

Kritikan terus menerus daripada Karpal Singh langsung tidak disanggah oleh MB Nizar yang bertanggungjawab mempertahankan maruah agama dan Sultan Melayu. Sehingga kini tiada komen dari MB Perak dalam hal ini. Inilah buktilah jelas bahawa MB Nizar ialah keldai tungangan kafir DAP. Demi kuasa, MB Perak tidak mengulas dan takut hilang kuasa sekiranya beliau mengulas kenyataan Karpal.Di mana kekuatan MB Perak, setpol beliau sekarang? Di mana suara Ahmad Awang dalam hal ini.Mereka ialah barisan pengkhianat agama dan bangsa. Bagi Maharajalela, orang sebeginilah yang boleh disamakan dengan pembesar Melayu di zaman Kesultanan Melayu Melaka yang membuka Kota Melaka kepada Portugis. Mereka telah dibeli dengan kuasa.Mereka bisu kerana takut hilang kuasa dan elaun bulanan.Dengan kata lainnya, kata orang Melayu dulu dengan perasaan marahnya demi maruah Sultan Melayu, mereka yang memimpin Perak sekarang ini macam orang tidak berotak, bodoh, bacul dan macam p***m**.Harap sahaja Melayu dan beragama Islam tetapi otak macam kafirun.

KARPAL SINGH PENGKHIANAT NEGARA, MENCEMAR KEDAULATAN DYMM SULTAN PERAK DAN DYMM YANG DIPERTUAN AGONG


Tindakan Karpal Singh mencabar perlembagaan dianggap sebagai biadap, sombong dan bongkak terhadap institusi Raja-Raja Melayu. Jika selama ini kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan dihormati dan disanjung, Karpal bukan sahaja mempertikaikan malah mencabar peruntukan kuasa yang ada pada Raja-Raja Melayu. Karpal mempertikaikan siapa yang menyediakan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan sidang Dewan Rakyat hinggalah kepada isu titah Sultan Perak yang membatalkan arahan kerajaan negeri Perak berhubung pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), perkara ini dicabar secara terbuka oleh Karpal yang merupakan seorang ahli politik veteran dan berpengalaman sebagai pengamal undang-undang.
Karpal Singh seorang yang bodoh dan tidak tahu perlembagaan.Beliau seharusnya tahu bahawa Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa dalam bidang agama, kuasa raja adalah kuasa mutlak. Jadi kuasa atau keputusan yang dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah selaras dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan. Tidak boleh dipertikaikan.
Kesimpulannya DAP merupakan sebuah parti yang sejak dahulu dikenali sebagai parti yang tidak tahu menjaga adab dan menghormati adat resam bangsa lain dan sentiasa terlibat dalam kontroversi yang bertujuan mendapatkan publisiti murahan. Apakah karpal telah memulakan gendang untuk berperang dengan kaum Melayu? Sampai bila kaum Melayu boleh bertahan apabila kedaulatan Sultan Melayu dan DYMM Yang Dipertuan Agong dipertikaikan oleh Karpal yang bukan anak pribumi negeri Tanah Melayu ini.

Tuesday, May 6, 2008

KARPAL KURANG AJAR TERHADAP SULTAN PERAK

PERANGAI KARPAL SINGH SEPERTI SEEKOR ANJING YANG MENYALAK BUKIT.INI TERBUKTI DI DALAM PARLIMEN TINGKAHLAKU KARPAL YANG TIDAK TENTU HALA DAN TAHU MENYALAK TANPA USUL PERIKSA.

Pengerusi DAP Karpal Singh telah mengadakan sidang akhbar khusus mengenai isu Dato Jamry di lobi parlimen Isnin lalu untuk mempersoalkan kuasa Sultan Perak yang dikatakan campurtangan dalam urusan pentabiran negeri. Malah sambil mengingatkan bahawa “rakyat kini tidak lagi hidup dalam zaman feudal.’' beliau menegaskan kerajaan negeri Perak tidak sepatutnya tunduk kepada arahan istana. Menurutnya, walaupun sultan merupakan ketua agama Islam tetapi pelantikan kakitangan awam terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Karpal juga membangkitkan satu kes Mahkamah Persekutuan pada 1982 yang menunjukkan menjadi bidang kuasa kerajaan negeri dalam urusan tukar menukar kakitangan awam. Katanya “Sultan Perak sendiri pernah jadi Ketua Hakim Negara, takkan tidak sedar kes ini.” ‘‘Sultan dan Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat pihak eksekutif . Sultan Perak tidak ada hak di bawah undang-undang untuk campur tangan dalam keputusan kerajaan negeri menukar Jamry sebagai Pengarah JAIP,” katanya.
UNGKAPAN KARPAL SINGH SEBENARNYA MENGUNDANG BAHAYA DALAM ASPEK KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU.SEMUA KENYATAAN KARPAL MAHUKAN RAJA MELAYU MENJADI TOPENG DAN PATUNG KEPADA DAP. MEREKA MAHUKAN KUASA RAJA MELAYU DILUCUTKAN DAN MEREKA MAHU KUASA RAJA MELAYU SEPERTI SEWAKTU TANAH MELAYU DI JAJAH.KARPAL DENGAN MUDAHNYA MENGHINA KEDAULATAN RAJA MELAYU.KITA HARUS BERSAMA-SAMA MEMASTIKAN KARPAL SINGH DIHERET KE MUKA PENGADILAN DEMI MARUAH AGAMA DAN KEDAULATAN RAJA MELAYU.NASIHAT SAYA: "KARPAL TIDAK SEMUDAH ITU KAMU BOLEH MENGGUGAT KEDAULATAN RAJA MELAYU"DENGAN PAS KAMU BOLEH KUDAKAN KERANA PAS MEMANG PARTI UNTUK DIKUDAKAN OLEH GOLONGAN KAFIRUN."

Friday, May 2, 2008

MB PERAK JELAS MEMBELAKANGKAN SULTAN

AMPUN TUANKU...SULTAN KUASA PELINDUNG AGAMA DAN BANGSA.NAMUN PAS, DAP DAN PKR CUBA BERMAIN API DAN TIDAK MENGHORMATI KUASA SULTAN.
SUMBER : UTUSAN ONLINE

Kenyataan rasmi Istana Perak berhubung pertukaran Pengarah JAIP
02/05/2008 5:56pm
Berikut ialah kenyataan akhbar yang dikeluarkan atas titah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan berhubung arahan pertukaran serta-merta Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak Darul Ridzuan:

Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah, atas nama Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP), telah menitahkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin untuk menghadap Baginda pada jam 11.00 pagi ini, di Istana Raja Muda Perak Darul Ridzuan untuk menyembah maklumkan kepada Baginda berhubung arahan Menteri Besar Perak supaya Yang Berbahagia Dato’ Haji Jamry Sury ditukarkan serta-merta daripada jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.

2. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar telah dimaklumkan bahawa Yang Berbahagia Dato’ Haji Jamry Sury selaku Pengarah Jabatan Agama Islam adalah juga berperanan sebagai Setiausaha kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP). Bahawa lantikan Yang Berbahagia Dato’ Haji Jamry Sury dilakukan hanya selepas mendapat perkenan daripada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzwan. Bahawa urusan Agama Islam serta badan dan agensi yang bertanggung jawab dengan agama Islam adalah di bawah kuasa langsung Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak. Oleh itu pada tafsiran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Yang Amat Berhormat Menteri Besar mempunyai tanggungjawab untuk menghadap dan berdatang sembah, memaklumkan kepada Baginda Sultan dan juga kepada Baginda Raja Muda, memohon mendapat perkenan sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan hal ehwal agama Islam, badan dan agensi yang bertanggung jawab dengan agama Islam, merangkumi urusan lantikan, penempatan dan pemindahan pegawai dan kakitangan yang menguruskan hal ehwal agama Islam, apatah lagi bagi penjawat jawatan penting dan jawatan utama.

3. Hubungan kerja yang menghormati Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan merupakan satu konvensyen dan budaya kerja yang senantiasa diamalkan dan dihormati oleh setiap Mamanda Menteri Besar dengan pihak istana selama hari ini. Baginda Raja Muda memperingatkan bahawa hubungan yang dapat menjalinkan persefahaman ini wajiblah dihormati pada setiap masa. Sebarang perbuatan dan tindakan yang dilakukan tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Baginda Sultan dan Baginda Raja Muda adalah dianggap telah membelakangkan kedudukan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan sebagai Ketua Agama Islam dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

4. Pada masa yang sama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak telah menyampaikan nasihat dan pandangan Paduka Seri Sultan Perak bahawa seseorang Ketua Kerajaan dalam melaksanakan sesuatu tindakan hendaklah memperlihatkan berlakunya keadilan dengan mematuhi prosedur dan tata cara pentadbiran berlandaskan peraturan dan undang-undang yang ada. Baginda berpendirian bahawa kestabilan sesuatu pentadbiran dan kerajaan adalah berlandaskan kepada prinsip yang berpegang kepada peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan. Baginda Sultan amat mementingkan hubungan kerja harmoni dan baik berlaku di kalangan para pentadbir dengan pemimpin politik di negeri Perak demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

5. Adalah menjadi pegangan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak supaya Kerajaan Baginda mengamalkan dan memperlihatkan amalan yang adil dan proses keadilan itu hendaklah dipatuhi, supaya tidak ada di kalangan rakyat Baginda yang merasakan diri mereka menjadi mangsa kepada mana-mana perbuatan fitnah atau penindasan daripada mana-mana pihak yang lebih berkuasa. Sebelum sesuatu keputusan atau hukuman dijatuhkan, proses dan prosedur yang memperlihatkan berlakunya keadilan hendaklah dipatuhi sepenuhnya terlebih dahulu. Prinsip keadilan sejagat (natural justice) perlu dihormati, oleh itu mana-mana pihak yang dikenakan sebarang tuduhan hendaklah diberikan hak untuk membela diri dan memberikan penerangan, supaya satu pertimbangan yang saksama lagi adil dapat dilakukan.

6. Dalam semangat yang demikian, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak telah menyampaikan pandangan dan pendirian Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak supaya arahan pertukaran serta-merta yang dikenakan kepada Yang Berbahagia Dato’ Jamry Sury ditarik balik. Sekiranya terdapat sebarang perlanggaran peraturan dan kesalahan terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri yang ada dilakukan oleh Yang Berbahagia Dato’ Jamry Sury, maka Kerajaan diminta mempersembahkan perkara tersebut secara rasmi kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan untuk Baginda menitahkan proses undang-undang selanjutnya disusuli sebelum dijatuhkan apa-apa keputusan secara muktamad.

Y.D.H. Toh Raja DirajaKol. Dato’ Abd. Rahim Mohamad Nor
Setiausaha Sulit kepadaDuli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak
2 Mei 2008

Thursday, May 1, 2008

PERJANJIAN PANGKOR II : PAS MENJUAL NEGERI PERAK

SENYUM BERMAKNA MENJUAL NEGERI
Hari ini blogmaster Maharajalela menerima SMS dari insan yang tidak dikenali. Mungkin insan yang menghantar SMS ni terdiri daripada mereka yang sayangkan Perak supaya negeri yang tercinta ini tidak dijual oleh PAS kepada mereka yang bukan warga pribumi.Maharajalela ingin berkongsi SMS yang sangat menarik ini dengan semua pembaca.Berikut ialah SMS berkenaan :

PERJANJIAN PANGKOR II :

Penyokong PAS Perak sejak akhir-ahir ini mula mendesak MB Perak Ir Mohd Nizar Jamaluddin mendedahkan isi kandngan surat perjanjian Pangkor II yang telah disediakan oleh DAP sebagai syarat membolehkan wail PAS menjadi MB Perak. Penyokong PAS Perak dimaklumkan Ir Mohd Nizar Jamaluddin teah menandatangani Surat Perjanjian Pangkor II secara terpaksa.Rata-rata penyokong PAS Perak mula tertanya-tanya apakah isi kandungan surat perjanjian itu. Dikalangan pemimpin PAS Perak yang mengetahui tentang isi perjanjian itu enggan mengulas lanjut kerana perjanjian itu sangat memalukan PAS. Difahamkan sebelum DAP Perak bersetuju melantik wakil PAS menjadi MB, parti itu yang diketuai oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham telah memaksa Ir Nizar Jamaluddin (wakil PAS) menandatangani surat perjanjian yang menyebut perkara-perkara berikut :

1. NIZAR JAMALUDDN SEBAGAI MB TIDAK BOLEH MENYEBUT PERAK AKAN MENJALANKAN PEMERINTAHAN ISLAM.

2.NIZAR JAMALUDDIN SEBAGAI MB TIDAK BOLEH MENYEBUT MANA-MANA TERMA YANG BERKAITAN DENGAN PAS ATAU BAHASA ARAB SEPERTI HUDUD, QISAS ETC

3. NIZAR JAMALUDDIN SEBAGAI MB TIDAK BOLEH MEMBUAT KEPUTUSAN SENDIRI SEBAGAI KUASA MB SEBALIKNYA SEMUA PERKARA YANG INGIN DIBUAT PERLU DIPERAKUKAN OLEH SEMUA EXCO PERAK TERLEBIH DAHULU

4. PEMBAHAGIAN EXCO PERAK YANG DIPERSETUJUI ADALAH 6 WAKIL EXCO DAP, 3 WAKIL EXCO PR DAN 1 WAKIL EXCO PAS.

5. DIFAHAMKAN JUGA DAP MENUNTUT SPEAKER DUN PERAK .

MAHKAMAH SYARIAH BUKTI KEJAYAAN UMNO DI PERAK

UMNO PERAK TETAP BERSAMA TUANKU WALAUPUN MB PERAK MENDAHULUI KUASA TUANKU

Sumber : Harakah Daily

Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkenan merasmikan Mahkamah Syariah Perak dekat sini pagi tadi. Baginda yang berangkat bersama Raja Permaisuri Bainun bertitah, melaksanakan keadilan oleh mereka yang memerintah merupakan satu kehormonian di alam sejagat. "Ia mengiratkan hubungan manusia sesama manusia, hubungan manusia dengan institusi undang-undang, hubungan manusia dengan negara dan hubungan manusia dengan alam," tegas baginda. Tegas baginda, Islam adalah agama yang amat menekankan perlaksanaan keadilan secara komprehensif. "Komponen keadilan serta aspek keadilan terkandung di dalam al-Quran dan diperjelaskan dengan Sunnah s.a.w. bahawa semua umat manusia harus diperintah serta diperlaku adil dalam setiap tindakan dan perbuatan," ujar baginda. Seterusnya baginda mengharapkan Umat manusia diseru bertindak seadil-adilnya kepada manusia sepanjang masa, termasuk terhadap sumber alam semula jadi, tumbuh-tumbuhan, binatang ternakan, dan setiap sesuatu yang diamanahkan kepada manusia selaku kalifah didunia Allah ini. "Para pemimpin wajib melaksanakan keadilan dan memperlihatkan keadilan benar-benar berlaku tanpa menimbulkan prasangka negatif," tambah baginda.

Rasional

Kerajaan BN telah lama memperjuangkan Islam dan hukum Islam. Asas kepada hukum Islam ialah pemahaman yang jelas dikalangan penganutnya. Makluman perundangan Islam di dalam buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 5, membuktikan kerajaan telah lama memperjuangkan hukum Allah. Ini ditambah lagi dengan keseriusan kerajaan membina Mahkamah Syariah yang bernilai hampir 3 juta.Keadaan ini tidak berlaku pada PAS yang hanya bercakap soal perjuangkan Hukum Allah tetapi bila berkuasa semuanya dilupakan. Inilah yang kita dapat lihat pada PAS iaitu berjuang atas nama retorik dan menggunakan ayat Quran dan hadis untuk kepentingan temuluk makanan mereka.Pemimpin PAS akhirnya merestui perjuangan UMNO dalam memperjuangkan Mahkamah Syariah.

MB PERAK MENGATASI KUASA SULTAN

Jamry
Menteri Besar Perak, Datuk Seri MOhamad Nizar Jamaluddin mengeluarkan arahan bertukar serta merta dalam tempoh 24 jam kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury hari Selasa. Arahan itu dibuat dengan alasan Jamry tidak dapat memberikan kerjasama kepada kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS. Beliau yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) difahamkan telah diarah keluar daripada pejabatnya oleh Menteri Besar pagi tadi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Zamry Abdul Kadir ketika mendedahkan perkara itu berkata, keputusan itu disampaikan oleh Menteri Besar Perak kepada Jamry melalui telefon pagi tadi. Urusan agama adalah di bawah kuasa Sultan Perak yang menjadi Ketua Agama Islam negeri Perak dan Raja Muda Perak, Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menjadi Pengerusi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIP). Sumber : Agenda Daily

Rasional
Apa yang kita lihat sekarang ialah wajah sebenar MB Perak yang dikudakan oleh DAP dan PKR. Allah Maha berkuasa di dalam menentukan nilai hati budi hambanya. Jelas sekarang kita lihat bahawa MB Perak sanggup mengenepikan kuasa Sultan Perak di dalam hal ehwal agama Islam.Mengapa perkara ini berlaku?Sudah pasti yang menyebabkan perkara ini berlaku kerana MB Perak nak menunjukkan kuasanya.Tapi apa yang menyedihkan sekarang, apakah tiada cara lain yang boleh dilakukan. Banyak kuasa yang boleh digunakan oleh MB seperti kuasa menutup pusat judi, disco di sekitar Sitiawan, penjualan samsu dan arak secara terbuka, rumah urut yang beroperasi secara haram, kedai nombor ekor dan pelbagai lagi. Tapi malangnya MB menunjukkan taringnya melawan Sultan. Inilah sikap kurang ajar seorang anak Melayu yang berkuasa. Patutlah orang Melayu Perak menolak PAS. Berapa banyak sangat yang PAS menang dan perlu diingat yang memberi undi kepada PAS bukannya orang Islam. Ini menggambarkan bahawa PAS tidak lagi diterima oleh orang Islam Perak.