Sunday, June 29, 2008

PEMBERIAN KOMPUTER RIBA PERCUMA SATU PEMBAZIRAN WANG RAKYAT

MB YANG MEMBAZIRKAN WANG RAKYAT.
SUMBER : HARAKAHDAILY

59 Adun Perak dibekalkan komputer riba
Johari Jaafar Fri Jun 27, 08 2:59:05 pm MYT

IPOH, 27 Jun (Hrkh) - Bagi memudahkan kerja harian semua wakil rakyat kerajaan dan pembangkang yang berjumlah 59 orang di negeri Perak, Kerajaan Negeri telah membekalkan sebuah komputer riba kepada mereka semua. Dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Bilk Gerakan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Menteri Besar, Dato Seri Ir Hj.Muhammad Nizar Jamaluddin telah menyerahkan kepada setiap seorang komputer berkenaan. Sebelum majlis penyerahan tersebut dalam ucapan ringkasnya, Menteri Besar mengatakan dengan jumlah kewangan yang agak besar, pemberiaan ini akan memberi manfaat kepda semua Adun dan mereka perlulah menjaga harta Kerajaan Negeri dengan sebaik mungkin. Adun Titi Serong menyifatkan langkah itu sebagai satu langkah yang baik bagi memudahkan kerja yang terpaksa dilakukan oleh wakil rakyat.
PERSOALANNYA : BUKANKAH SEMUA ADUN TELAH MEMPUNYAI KOMPUTER RIBA SENDIRI.BERAPA BANYAK YANG WAKIL RAKYAT MAHUKAN?BUKANKAH LEBIH BAIK WANG KOMPUTER ITU DISALURKAN KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN DI PERAK.SIAPAKAH YANG MENDAPAT TENDER MEMBEKALKAN KOMPUTER TERSEBUT?SUKU SAKAT DAP, ATAU SUKU SAKAT PKR ATAU SUKU SAKAT PAS?APAKAH IANYA DIBUAT SECARA TENDER TERBUKA?BAGAIMANA IANYA DI PILIH? YANG PASTINYA MB NIZAR TELAH MELAKUKAN PEMBAZIRAN WANG RAKYAT.

BUKAN WAKIL KERAJAAN PATAHKAN HUJAH PEMBANGKANG, TETAPI EXCO PAS YANG TAK CERDIK

MB PERAK YANG TIADA HALA TUJU.UCAPAN PENGGULUNGAN NIZAR TERTUMPU KEPADA SEMUA PROJEK YANG TELAH DIBUAT OLEH UMNO SEHINGGA SEBELUM PILIHANRAYA KE 12.APA KERJA PAKATAN RAKYAT BUAT DAH 100 HARI LEBIH MEMERINTAH ?
Sumber : Harakahdaily
Isu exco wanita: Wakil kerajaan 'patahkan' hujah pembangkang
Johari Jaafar Fri Jun 27, 08 2:51:19 pm MYT


IPOH, 27 Jun (Hrkh) - Isu yang direka cipta oleh wakil pembangkang khasnya yang dibangkitkan oleh dua Adun wanita BN, iaitu Adun Sungai Rapat dan Adun Hulu Kinta mengenai tiadanya wanita menjadi exco dalam kerajaan Pakatan Rakyat Perak berjaya 'dipatahkan' oleh wakil kerajaan. (BUKAN MAIN BANGGA)

Adun Titi Serong ketika 'mematahkan' hujah tersebut memberitahu Terangganu yang diperintah BN juga tidak melantik wanita untuk menduduki kerusi Exco Kerajaan Negeri Terengganu.(KENAPA PAS TAK TIRU KELANTAN YANG LANTIK EXCO WANITA.PAS SENDIRI TAK BERKIBLATKAN CARA NIK AZIZ.OPPSSS TERLUPA PAS PERAK ADALAH SAHABAT DAP)

Jika kerajaan Pakatan Rakyat Perak ditohmah mengetepikan peranan wanita dalam Kerajaan Negeri, mengapa wakil BN tidak mempertikaikan Kerajaan Terengganu, katanya. "Sebenarnya wakil pembangkang sudah tiada modal, sedangkan Kerajaan Negeri telah memberikan peranan yang penting kepada wanita dalam Kerajaan Pakatan Rakyat apabila melantik wanita sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri. "Orang luar puji kita kerana melantik wanita sebagai Timbalan Speaker Dewan, wakil rakyat pembangkang cuba menafikannya," jelas Khalil Idham Lim. (LANTIK TIMBALAN SPEAKER BUKA AURAT.HARI-HARI ADUN PAS TENGOK AURAT TIMBALAN SPEAKER.MAYBE AURAT WANITA DAP HALAL BAGI PAS.)

DBI TIADA DUIT ?

MB NIZAR KUDA TUNGGANGAN DAP PERAK

Sumber : Pak Ngah Taman Cempaka Ipoh

Kelmarin Tempur Perak menerima email daripada seorang insan yang menggelarkan dirinya Pak Ngah Taman Cempaka. Beliau menyatakan kekesalan hatinya terhadap tindakan MB Nizar yang menganugerahkan tanah di Perak kepada orang Cina sebagai hadiah pilihanraya sedangkan orang Melayu di Ipoh bukan main susah nak dapatkan tanah.Mana ada ruang orang Melayu nak membeli tanah di sekitar kawasan perkampungan Cina?Pak Ngah ada maklumkan pada blogger bahawa DBI bakal kehabisan duit.Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh beberapa orang kakitangan DBI. DBI terpaksa buat pengumuman minta penduduk Taman Cempaka Gotong Royong bersihkan kawasan. Tak pernah dilakukan sebelum ini.Penduduk di Ipoh bayar cukai pintu.Takkan nak bersihkan kawasan pun mereka kena buat.MB dok senang lenang dekat rumah besar.Mana adil..jelas Pak Ngah.Pak Ngah menyatakan perkara ini berlaku disebabkan ketidakcerdikan(dengan kata lainnya MB Nizar bengung sikit).

Friday, June 27, 2008

MB PERAK AMALKAN RASUAH TERANCANG

RAKYAT PERAK TERUS DIBOHONGI PEMIMPIN PAS
INILAH ADUN PASIR PANJANG BAPA PEMBOHONG SEDUNIA

Sumber : Yob Perak
Projek sumbangan beras , minyak dan beberapa keperluan lain oleh kerajaan negeri kepada warga miskin di negeri Perak berteraskan kepada konsep tender tertutup. Amalan ini bertentangan sama sekali dengan janji MB Perak yang mengucap syahadah untuk mengadakan tender secara terbuka.Amat menyedihkan, mereka yang berjaya mendapat tender perbekalan ini ialah sanak saudara kepimpinan DAP.Antara kontraktor yang telah berjaya dalam tender ini ialah Syarikat Nga Foo Ting & Sons dan Syarikat Nussa Enterprise. Masing-masing mendapat separuh daripada harga kontrak iaitu RM 496 800.Syarikat Nga ialah milik saudara mara kepada YB Ngeh Khoo Ham. Kos bagi kedua dua Local Order ialah bernilai RM 1 juta. MB Nizar gagal menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh pembangkang di Perak. Yang amat memelikkan semua soalan di jawab oleh Ngeh. Macam Ngeh pula yang jadi MB. MB Nizar ternyata pembohong dan memberikan harta Perak kepada DAP. Tempur Perak berharap agar Pemuda UMNO Perak dapat membuat laporan polis dan BPR terhadap penyelewengan ini.

Thursday, June 26, 2008

SIDANG DUN PERAK : KRONI DAP DAPAT TENDER BEKAL BERAS PERCUMA

" bukan ketuanan rakyat tapi ketuanan DAP"
Sumber : Orang Perak

MB Nizar gagal menjawab pembekal mana yang berikan beras dan minyak kepada orang-orang miskin dalm kes sumbangan kerajaan negeri kepada orang miskin.Menurut sumber dalaman SUK Perak, pembekal utama itu adalah anak sedara Nga.Lebih kurang RM 800 000 diberikan kepada anak sedara pemimpin DAP, kroni sehidup semati PAS.MB Nizar bila ditanya hal ini hanya mampu menjawab tender terbuka tidak dibuat kerana ini hal kecemasan. "Hal kecemasan kepala hotak hang". Hal kecemasan itu macam kes banjir, ribut dan bencana alam.Inilah yang dinamakan boneka DAP dan bengap pasal hal ehwal pentadbiran.

SIDANG DUN PERAK : BOIKOT UTUSAN MALAYSIA

Sumber : Orang Perak
Arahan DAP agar kerajaan Perak boikot Utusan. Semua jabatan kerajaan negeri tidak boleh melanggan akhbar Utusan.PAS hanya berdiam sahaja. Yang peliknya kerajaan pusat luluskan penerbitan Harakah 2 kali seminggu bukan 2 kali sebulan yob.Nampaknya BN yang lebih telus dan terbuka. Pakatan Rakyat penakut kerana Utusan dedahkan kelemahan mereka. Apa yang menarik perhatian, ADUN Titi Serong sampai nak terkencing menjawab soalan ADUN-ADUN BN.ADUN Titi Serong boleh minta kebenaran nak p kencing.Tak tahan nak terkencing.Inilah PAS yang penakut, bacul dan tak tahu memerintah.

Tuesday, June 10, 2008

MILIK SIAPAKAH BANDAR INI?

LEKIR IALAH KAWASAN MELAYU YANG BAKAL DIHAKMILIK OLEH ORANG BUKAN MELAYU.TUNGGU............
SITIAWAN TELAH LAMA BERADA D BAWAH DAP.NAMUN,SELEPAS PAS MENJADI MB, BANYAK PELUANG UNTUK ORANG BUKAN MELAYU DAN LEBIH BANYAK PERKARA HARAM DIBUAT DI SITIAWAN.INILAH KEJAYAAN MB NIZAR PAS.SEBELUM INI PAS CERITA PELUSUKKAMPUNG DI MANJUNG BAHAWA KALAU MEREKA MENANG DISCO, PUSAT JUDI DAN RESTORAN PENJUALAN ARAK AKAN DIKURANGKAN DAN ADA YANG KATA NAK HAPUSKAN. SEKARANG BILA DAH ADA KUASA SEMUA TAK DIBUAT. TAKUT DAN BACUL BETUL PUAK-PUAK PAS INI.GUNA AYAT QURAN MACAM TOK ALIM TAPI BILA NAMPAK MAKSIAT,HATI JADI SUKA ATAS NAMA HAK RAKYAT.

DIMANAKAH HAK MILIK MELAYU




Apa lagilah cadangan DAP yang MB Nizar nak buat lagi. Orang Melayu Manjung nak tanah di Ipoh dan Sitiawan. Berani tak Nizar luluskan macam dia meluluskan tanah untuk penduduk Kg Baru.Bila dah berkuasa, MB bolehlah tengok tanah-tanah kosong di Pejabat Tanah Manjung.ADUN Sitiawan pun boleh keluar masuk pejabat tanah cari tanah untuk Cina. Jangan terkejut lepas ni , banyak lagi tanah Melayu akan tergadai dan tanah TOL akan diteroka oleh DAP.Banyak lah lagi reban ayam yang dibina agar kawasan perkampungan Melayu terus dilanda lalat dan bau busuk.Kolam udang pula akan bertambah bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan di sekitar kawasan Segari, Kg Bharu , Pasir Panjang dan kawasan pesisir pantai.

LAGI KEJAYAAN MB NIZAR JUAL HAK MELAYU PERAK

Apa Kesungguhan MB Nizar nak jaga tanah Melayu dan hak Melayu.Rumah yang di ambil ini berada dikawasan Sitiawan.MB Nizar akan benarkan penjualan hak milik bumiputra.


MB Nizar dengan bongkaknya akan menjual lot rumah bumiputra di pasaran terbuka. Nizar berkata 150 unit bernilai RM 5 juta telah diluluskan untuk mengatasi masalah tergantung.Zaman UMNO dahulu, walaupun ada Melayu yang masih lagi tidak mampu membeli rumah, namun hak dan kuota Melayu tetap dipertahankan. Demi kuasa, Nizar ikut cakap kafir DAP. Baik DAP jadi MB lah PAS. Kurang sikit PAS di jadikan keldai DAP.Apa punya bodoh MB, jual hak agama dan bangsa.Dalam mesyuarat exco, semua keputusan dibuat oleh DAP. Kalau Nizar tak ikut, DAP nak blah. Jika DAP blah,maka PAS hilang kuasa. Samalah macam Abu Jahal.

KOLEJ ISLAM PERAK MERCU TANDA PEMERINTAHAN UMNO


SUMBER HARAKAH DAILY
Bermula 1 Jun lalu kolej tersebut yang siap dibina di tapak sebuah bukit itu telah memulakan sesi pengambilan pelajar barunya bagi tahun 2008/2009 yang terdiri penuntut lelaki dan perempuan dari negeri Perak dan negeri-negeri lain di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pada peringkat awal pembukaannya, seramai 500 orang pelajar yang telah lulus temuduga layak berlajar di sini selama tiga tahun bagi mendapatkan diploma. Tetapi bagi pelajar yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Arab terpaksa menduduki matrikulasi selama setahun sebelum meneruskan pelajaran mereka selama tiga tahun itu bagi menduduki peperiksaan sijil diploma.
Menurut maklumat, kolej berkenaan yang dijangka akan dirasmikan pembukaannya Julai depan mempunyai pensyarah-pensyarah terdiri daripada lepasan ijazah luar negara termasuk daripada beberapa fakulti universiti antarabangsa seperti Azhar dan Jordon.
Kolej tersebut yang terulung seumpamanya itu di negeri Perak dibina bersebelahan sebuah masjid bagi memudahkan penuntut berjemaah bersama penduduk sekitarnya
MERCU TANDA PAS MANA?
Jawapannya mudah sahaja iaitu ceramah umum kutuk dan fitnah rakan sesama Islam.PAS mana ada blue print.Yang dia ada blue print nak gadai tanah orang Melayu kepada bangsa asing.Dah 3 bulan memerintah, tiada apa-apa cadangan dan kertas dasar yang nak ditunjukkan kepada rakyat.Macam ni lah yang dikatakan PAS berjiwa rakyat(boleh jalan la....)

BUKTI PERJUANGAN UMNO DALAM MENEGAKKAN SYARIAT ISLAM

Kompleks Mahkamah Syariah yang terletak di Seri Manjung adalah mercu tanda perkembangan syariat Islam yang diperjuangkan UMNO.Ini berbeza dengan PAS. Merujuk kepada akhbar UM yang bertarikh 10 Jun 2008, bahagian ke dua, ada menyebut bahawa mercu tanda baru Sitiawan ialah panggung wayang yang boleh memuatkan 812 orang penonton. Hebat kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh MB PAS. Dulu orang PAS kata, wayang haram apatah lagi panggung wayang. Tapi, bila PAS jadi MB, Panggung Wayang jadi mercu tanda Sitiawan. Inilah bezanya UMNO dengan PAS. MB Nizar kuda tunggangan DAP. UMNO jadikan masjid sebagai mercu tanda, tapi PAS jadikan panggung wayang sebagai mercu tanda.

PUSAT MAKSIAT DI SITIAWAN.TRADISI KEUNGGULAN PAS

Arakian bermaharajalelalah PAS membuka ruang kepada orang kafir di Manjung untuk menjual arak dan judi.Mana "t**** Pemuda PAS sekarang nak tutup pusat judi dan arak. Dulu bukan main lantang.Inilah yang dinamakan Pejuang Yang Tidak Berte***.Dulu semua haram dan UMNOlah yang memperjuangkan pusat arak kata mereka. Tapi la ni mereka pula yang penakut.Dengar cerita, MB Nizar nak luluskan banyak lagi pusat judi, arak dan disco sebab Timbalan Exco Kanan ADUN Sitiawan.La ni jemaah boleh mai minum ler kalau ada masa free.

DAHULU PAS KATA DISCO HARAM.TAPI LA NI HALAL.YB NIZAR BACUL

Inilah dia disco Traffic Light di Sitiawan. Dahulu PAS Lumut kata UMNO penakut tutup pusat Disco. Tapi la ni YB Nizar dah jadi kuda DAP, maka Disco pun halal. Lepas ni disco boleh le jadi tempat usrah jemaah PAS. PAS penakut, bacul dan munafik. Cakap macam orang tak beriman. Iman hanya pada parti bukan jiwa. Kalau macam ni la cara PAS mentadbir, jawabnya Lekir nanti boleh jadi tempat ternakan babi la.Lekir bukan jauh pun dengan Kg Koh dan Kg Cina.Biarlah PAS dengan labu-labu yang di bawa oleh YB Nizar.