Sunday, June 29, 2008

DBI TIADA DUIT ?

MB NIZAR KUDA TUNGGANGAN DAP PERAK

Sumber : Pak Ngah Taman Cempaka Ipoh

Kelmarin Tempur Perak menerima email daripada seorang insan yang menggelarkan dirinya Pak Ngah Taman Cempaka. Beliau menyatakan kekesalan hatinya terhadap tindakan MB Nizar yang menganugerahkan tanah di Perak kepada orang Cina sebagai hadiah pilihanraya sedangkan orang Melayu di Ipoh bukan main susah nak dapatkan tanah.Mana ada ruang orang Melayu nak membeli tanah di sekitar kawasan perkampungan Cina?Pak Ngah ada maklumkan pada blogger bahawa DBI bakal kehabisan duit.Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh beberapa orang kakitangan DBI. DBI terpaksa buat pengumuman minta penduduk Taman Cempaka Gotong Royong bersihkan kawasan. Tak pernah dilakukan sebelum ini.Penduduk di Ipoh bayar cukai pintu.Takkan nak bersihkan kawasan pun mereka kena buat.MB dok senang lenang dekat rumah besar.Mana adil..jelas Pak Ngah.Pak Ngah menyatakan perkara ini berlaku disebabkan ketidakcerdikan(dengan kata lainnya MB Nizar bengung sikit).