Tuesday, June 10, 2008

KOLEJ ISLAM PERAK MERCU TANDA PEMERINTAHAN UMNO


SUMBER HARAKAH DAILY
Bermula 1 Jun lalu kolej tersebut yang siap dibina di tapak sebuah bukit itu telah memulakan sesi pengambilan pelajar barunya bagi tahun 2008/2009 yang terdiri penuntut lelaki dan perempuan dari negeri Perak dan negeri-negeri lain di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pada peringkat awal pembukaannya, seramai 500 orang pelajar yang telah lulus temuduga layak berlajar di sini selama tiga tahun bagi mendapatkan diploma. Tetapi bagi pelajar yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Arab terpaksa menduduki matrikulasi selama setahun sebelum meneruskan pelajaran mereka selama tiga tahun itu bagi menduduki peperiksaan sijil diploma.
Menurut maklumat, kolej berkenaan yang dijangka akan dirasmikan pembukaannya Julai depan mempunyai pensyarah-pensyarah terdiri daripada lepasan ijazah luar negara termasuk daripada beberapa fakulti universiti antarabangsa seperti Azhar dan Jordon.
Kolej tersebut yang terulung seumpamanya itu di negeri Perak dibina bersebelahan sebuah masjid bagi memudahkan penuntut berjemaah bersama penduduk sekitarnya
MERCU TANDA PAS MANA?
Jawapannya mudah sahaja iaitu ceramah umum kutuk dan fitnah rakan sesama Islam.PAS mana ada blue print.Yang dia ada blue print nak gadai tanah orang Melayu kepada bangsa asing.Dah 3 bulan memerintah, tiada apa-apa cadangan dan kertas dasar yang nak ditunjukkan kepada rakyat.Macam ni lah yang dikatakan PAS berjiwa rakyat(boleh jalan la....)