Wednesday, April 23, 2008

BILA LAGI MB PERAK NAK TUTUP PUSAT PENJUALAN BEER



PERTANYAAN BUAT MENTERI BESAR PERAK : AHLI PAS

1. DAHULU ORANG PAS KATA UMNO YANG MENYEBABKAN BANYAK PUSAT DISCO DAN PENJUALAN ARAK BERLELUASA DI KG KOH, SITIAWAN, SRI MANJUNG DAN SITIWAN.SEKARANG DAH HAMPIR 2 BULAN MEMERINTAH MENGAPA TIDAK TARIK LAGI LESEN PUSAT DISCO?

2. BAGAIMANA PULA DENGAN KEDAI SAMSU HARAM DI KAWASAN DUN PASIR PANJANG?

3. PUSAT KARAOKE YANG BERTABURAN DI BANDAR BARU MANJUNG RAYA DAN SITIAWAN?

4. PENTERNAKAN BABI DI KG KOH DAN KG SITIAWAN.

5. REMAJA BERPELESERAN DAN MELAKUKAN MAKSIAT DI SEPANJANG PANTAI LUMUT DAN SEKITAR HOTEL MURAHAN DI SITIAWAN.

WAHAI MB PERAK DAN SETIAUSAHA POLITIK YANG CAKAP TAK SERUPA BIKIN (CIKGU MISBAHUL MUNIR), ORANG LAIN BOLEH KAMU BOHONG, TAPI ALLAH JANGAN KAMU NAK BOHONG.SEKARANG BUAT LAH.PENDUDUK ISLAM SITIAWAN DAN DI BAWAH DUN PASIR PANJANG MENUNGGU KUASA YANG ADA PADA KAMU WAHAI DATO SERI NIZAR.

Tuesday, April 22, 2008

PAS BOHONG LAGI DALAM PERHIMPUNAN DI STADIUM PERAK

Laporan Harakahdaily bertarikh 16 April 2008 ada menyebut seramai 50 000 orang hadir ke majlis perhimpunan rakyat di Stadium Perak. Kita semua boleh bayangkan, bagaimana nak capai 50 000 orang sedangkan kerusi di stadium pun tidak dipenuhi. Lihat sahajalah gambar yang dilampirkan ini.Apakah ini gambaran sokongan rakyat?Harakahdaily sendiri pembohong dan memanipulasi isu di dalam akhbar.Inilah akhbar elektronik NERAKA.

PERJUANGAN DAP KETUANAN RAKYAT UNTUK MEMBUNUH KETUANAN MELAYU PERAK

Ngor Kor Ming di dalam ucapannya di stadium Perak menyatakan bahawa Pakatan Rakyat membawa perjuangan Ketuanan Rakyat dan bukannya Ketuanan Melayu. Ketuanan Rakyat? Siapakah yang DAP mahukan mengetuai Ketuanan Rakyat?
1. Melayu yang boleh dikudakan DAP seperti MB Perak sekarang
2. Cina yang menjadi pemimpin
3. Menghilangkan terus sejarah dan warisan Melayu di Tanah Melayu supaya anak cucu Melayu selepas ini tidak akan kenal pemimpin dan pejuang Melayu yang memerdekakan Tanah Melayu dan yang mati dibunuh KOMUNIS.

HADIAH BUAT DAP DI PERAK :CINA MENDAHULUI MELAYU DI DALAM KUASA KERAJAAN


YAB Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
Senarai Portfolio Exco-Exco Kerajaan Negeri Perak:
MENTERI BESAR PERAK
YAB Dato' Seri Ir. Tuan Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin(PAS : Pasir Panjang)Pengerusi Jawatankuasa:
Kewangan
Pembangunan Ekonomi
Tanah
Hasil Bumi dan Sumber Asli
Keselamatan
Pembangunan Luar Bandar

EXCO KANAN YB Dato' Ngeh Koo Ham (DAP : Sitiawan)
Pengerusi Jawatankuasa:
Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Tenaga dan Air
Hal Ehwal Bukan Islam

EXCO YB Nga Kor Ming (DAP : Pantai Remis)
Pengerusi Jawatankuasa:
Pendidikan
Kerajaan Tempatan
Perumahan
Pengangkutan Awam

EXCO YB A. Sivanesan A/L Achalingam(DAP : Sungkai)
Pengerusi Jawatankuasa:
Kesihatan
Alam Sekitar dan Suumber Manusia

EXCO YB Seah Leong Peng (DAP : Pasir Bedamar)
Pengerusi Jawatankuasa:
Kebudayaan, Belia dan Sukan

EXCO YB Chen Fook Chye (DAP : Keranji)
Pengerusi Jawatankuasa:
Perpaduan dan Integrasi Nasional
Hal Ehwal Pengguna

EXCO YB Su Keong Siong (DAP : Pasir Pinji)
Pengerusi Jawatankuasa:
Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Komunikasi

EXCO YB Jamaluddin bin Mohd Radzi(PKR : Behrang)
Pengerusi Jawatankuasa:
Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Pertanian
Perdagangan

EXCO YB Tai Sing Ng(PKR : Kuala Sepetang)
Pengerusi Jawatankuasa:
Pembangunan Industri
Penerangan

EXCO YB KAPTAN (B) Mohd Osman bin Mohd Jailu(PKR : Changkat Jering)
Pengerusi Jawatankuasa:
Pelancongan
Pembangunan Insan
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

EXCO YB Tuan Haji Mohd. Zainuddin bin Mohd Yusof(PAS : Lubuk Merbau)
Pengerusi Jawatankuasa:
Agama
Pendidikan Islam
Wanita dan Kebajikan

KESIMPULAN HILANGNYA KUASA MELAYU DI PERAK :
MELAYU : 4 ORANG CINA : 6 ORANG INDIA : 1 ORANG

Pemimpin Bukan Melayu memegang kuasa utama seperti pendidikan,industri, sains dan teknologi dan kerajaan tempatan. Ini bermakna semua kuasa Majlis Daerah dan Majlis Perbandaran di bawah telunjuk DAP yang satu ketika dahulu amat tidak sehaluan dengan Islam dan perjuangan Melayu.Walaupun Menteri Besarnya Melayu dan memegang kuasa tanah, namun Menteri Besar seperti di cucuk dan ditunggang oleh orang lain. Menteri Besar tiada pegangan untuk menyelamatkan Islam dan Melayu Perak. Taktala bukan Melayu di beri geran tanah, orang Melayu bandar tidak dihiraukan. Melayu Perak akan terhimpit kerana mereka tiada tanah pusaka yang wajib diterima secara rasmi.