Friday, June 27, 2008

MB PERAK AMALKAN RASUAH TERANCANG

RAKYAT PERAK TERUS DIBOHONGI PEMIMPIN PAS
INILAH ADUN PASIR PANJANG BAPA PEMBOHONG SEDUNIA

Sumber : Yob Perak
Projek sumbangan beras , minyak dan beberapa keperluan lain oleh kerajaan negeri kepada warga miskin di negeri Perak berteraskan kepada konsep tender tertutup. Amalan ini bertentangan sama sekali dengan janji MB Perak yang mengucap syahadah untuk mengadakan tender secara terbuka.Amat menyedihkan, mereka yang berjaya mendapat tender perbekalan ini ialah sanak saudara kepimpinan DAP.Antara kontraktor yang telah berjaya dalam tender ini ialah Syarikat Nga Foo Ting & Sons dan Syarikat Nussa Enterprise. Masing-masing mendapat separuh daripada harga kontrak iaitu RM 496 800.Syarikat Nga ialah milik saudara mara kepada YB Ngeh Khoo Ham. Kos bagi kedua dua Local Order ialah bernilai RM 1 juta. MB Nizar gagal menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh pembangkang di Perak. Yang amat memelikkan semua soalan di jawab oleh Ngeh. Macam Ngeh pula yang jadi MB. MB Nizar ternyata pembohong dan memberikan harta Perak kepada DAP. Tempur Perak berharap agar Pemuda UMNO Perak dapat membuat laporan polis dan BPR terhadap penyelewengan ini.