Tuesday, June 10, 2008

DIMANAKAH HAK MILIK MELAYU




Apa lagilah cadangan DAP yang MB Nizar nak buat lagi. Orang Melayu Manjung nak tanah di Ipoh dan Sitiawan. Berani tak Nizar luluskan macam dia meluluskan tanah untuk penduduk Kg Baru.Bila dah berkuasa, MB bolehlah tengok tanah-tanah kosong di Pejabat Tanah Manjung.ADUN Sitiawan pun boleh keluar masuk pejabat tanah cari tanah untuk Cina. Jangan terkejut lepas ni , banyak lagi tanah Melayu akan tergadai dan tanah TOL akan diteroka oleh DAP.Banyak lah lagi reban ayam yang dibina agar kawasan perkampungan Melayu terus dilanda lalat dan bau busuk.Kolam udang pula akan bertambah bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan di sekitar kawasan Segari, Kg Bharu , Pasir Panjang dan kawasan pesisir pantai.