" Apa lagi yang mike tak buat lagi Nizar?"Teman rasa mike jual le Perak ni pada DAP...
Tidak banyak yang dilakukan oleh YB Nizar yang dibanggakan sangat oleh PAS.Apa tidaknya, satu pun perkara yang dibuatnya dapat memberi keuntungan kepada Islam dan Melayu. Yang nampak sekarang ialah memberi bantuan kepada DAP iaitu bapa angkat baru YB Nizar. Mengapa teruk sangat MB Perak yang seorang ini. Memang le pandai berbahasa tapi tidak bijak menyusun kata. Maka seluruh orang PAS dok bangga kerana MB mereka pandai berbahasa.Tapi fahaman agama langsung macam tiada. Yang ada cuma fahaman PAS. Apa tidaknya, zaman Nizar ini pun arak, judi, disco dan pelacuran sama sahaja berlaku di Perak. Tak perlu pergi jauh.Dekat DUN dia pun banyak kedai arak, judi dan disco.Belum kira samsu dan todi di kawasan ladang.Sekarang MB dok ligat kononnya nak jimatkan wang negeri supaya boleh wang yang dijimatkan itu diberi kepada DAP.Dah hampir 3 bulan, apa yang MB buat.Kampung Kayan dan sekitar Lekir tetap banyak lalat.Teman rasa Nizar ni memang menang sorak kampung tergadai. Teruskan bertalkin untuk membunuh semangat Melayu dan nasib Islam di Perak.