Wednesday, May 7, 2008

KARPAL SINGH PENGKHIANAT NEGARA, MENCEMAR KEDAULATAN DYMM SULTAN PERAK DAN DYMM YANG DIPERTUAN AGONG


Tindakan Karpal Singh mencabar perlembagaan dianggap sebagai biadap, sombong dan bongkak terhadap institusi Raja-Raja Melayu. Jika selama ini kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan dihormati dan disanjung, Karpal bukan sahaja mempertikaikan malah mencabar peruntukan kuasa yang ada pada Raja-Raja Melayu. Karpal mempertikaikan siapa yang menyediakan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan sidang Dewan Rakyat hinggalah kepada isu titah Sultan Perak yang membatalkan arahan kerajaan negeri Perak berhubung pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), perkara ini dicabar secara terbuka oleh Karpal yang merupakan seorang ahli politik veteran dan berpengalaman sebagai pengamal undang-undang.
Karpal Singh seorang yang bodoh dan tidak tahu perlembagaan.Beliau seharusnya tahu bahawa Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa dalam bidang agama, kuasa raja adalah kuasa mutlak. Jadi kuasa atau keputusan yang dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah selaras dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan. Tidak boleh dipertikaikan.
Kesimpulannya DAP merupakan sebuah parti yang sejak dahulu dikenali sebagai parti yang tidak tahu menjaga adab dan menghormati adat resam bangsa lain dan sentiasa terlibat dalam kontroversi yang bertujuan mendapatkan publisiti murahan. Apakah karpal telah memulakan gendang untuk berperang dengan kaum Melayu? Sampai bila kaum Melayu boleh bertahan apabila kedaulatan Sultan Melayu dan DYMM Yang Dipertuan Agong dipertikaikan oleh Karpal yang bukan anak pribumi negeri Tanah Melayu ini.