UMNO PERAK TETAP BERSAMA TUANKU WALAUPUN MB PERAK MENDAHULUI KUASA TUANKU
Sumber : Harakah Daily
Sumber : Harakah Daily
Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkenan merasmikan Mahkamah Syariah Perak dekat sini pagi tadi. Baginda yang berangkat bersama Raja Permaisuri Bainun bertitah, melaksanakan keadilan oleh mereka yang memerintah merupakan satu kehormonian di alam sejagat. "Ia mengiratkan hubungan manusia sesama manusia, hubungan manusia dengan institusi undang-undang, hubungan manusia dengan negara dan hubungan manusia dengan alam," tegas baginda. Tegas baginda, Islam adalah agama yang amat menekankan perlaksanaan keadilan secara komprehensif. "Komponen keadilan serta aspek keadilan terkandung di dalam al-Quran dan diperjelaskan dengan Sunnah s.a.w. bahawa semua umat manusia harus diperintah serta diperlaku adil dalam setiap tindakan dan perbuatan," ujar baginda. Seterusnya baginda mengharapkan Umat manusia diseru bertindak seadil-adilnya kepada manusia sepanjang masa, termasuk terhadap sumber alam semula jadi, tumbuh-tumbuhan, binatang ternakan, dan setiap sesuatu yang diamanahkan kepada manusia selaku kalifah didunia Allah ini. "Para pemimpin wajib melaksanakan keadilan dan memperlihatkan keadilan benar-benar berlaku tanpa menimbulkan prasangka negatif," tambah baginda.
Rasional
Kerajaan BN telah lama memperjuangkan Islam dan hukum Islam. Asas kepada hukum Islam ialah pemahaman yang jelas dikalangan penganutnya. Makluman perundangan Islam di dalam buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 5, membuktikan kerajaan telah lama memperjuangkan hukum Allah. Ini ditambah lagi dengan keseriusan kerajaan membina Mahkamah Syariah yang bernilai hampir 3 juta.Keadaan ini tidak berlaku pada PAS yang hanya bercakap soal perjuangkan Hukum Allah tetapi bila berkuasa semuanya dilupakan. Inilah yang kita dapat lihat pada PAS iaitu berjuang atas nama retorik dan menggunakan ayat Quran dan hadis untuk kepentingan temuluk makanan mereka.Pemimpin PAS akhirnya merestui perjuangan UMNO dalam memperjuangkan Mahkamah Syariah.